Adakah anda tidak menerima e-mel?

Anda sedang menunggu e-mel penting dan berharap menerimanya pada hari ini. Sungguh mengecewakan, e-mel yang ditunggu tidak juga tiba. Ada beberapa sebab e-mel tidak diterima atau tiada dalam Inbox.

Anda boleh menyemak e-mel tersebut dalam folder SPAM. Folder SPAM menempatkan e-mel yang tidak dikenali dan tidak didaftarkan dalam senarai Contact anda.

 

Contoh e-mel yang masuk ke dalam folder SPAM adalah seperti e-mel iklan, phishing , MLM seperti skim cepat kaya dan lain-lain lagi.

Bagi memindahkan e-mel yang berada di SPAM ke Inbox , sila ikuti langkah-langkah di bawah :-

1. Pilih folder SPAM, jika tidak kelihatan klik pada tanda more

spam1

2.      Sila tandakan e-mel yang dikehendaki .

spam2

3.      Selepas klik semua e-mel yang dikehendaki, Klik  butang ‘Not spam’ pada menu bahagian atas skrin.

spam3

4.      Semua e-mel yang telah dipilih secara automatik akan dipindahkan semula ke Inbox.

spam4

5.      Selepas itu klik semula pada Inbox. E-mel yang diperlukan telah berada semula dalam Inbox

spam5

 

Disediakan oleh : Nor Rizan, Syazlina  PTM

(Visited 5,821 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Adakah anda tidak menerima e-mel?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *