Aktifkan WhatsApp Di Komputer Anda

Dalam dunia hari ini WhatsApp adalah satu perisian yang mesti ada pada telefon bimbit setiap orang. Ini kerana ia adalah satu perisian yang dapat memberi kemudahan kepada penggunanya menghantar mesej atau pun membuat panggilan secara percuma melalui telefon bimbit.

Tetapi mungkin ada di kalangan pengguna yang tidak berapa selesa untuk menghantar mesej secara aktif @ banyak dengan menggunakan telefon bimbit.Namun jangan bimbang kerana pihak Whattsap telah menyediakan satu kemudahan untuk penggunanya imagesmenggunakan perisian tersebut pada komputer.

Caranya mudah, anda hanya perlu mengaktifkan perisian WhatsApp pada telefon bimbit anda seperti biasa. Kemudian layari laman web yang telah disediakan pihak WhatsApp iaitu https://web.whatsapp.com/.

Pada perisian WhatsApp di telefon bimbit anda, pergi kepada menu. Klik pada WhatsApp Web. Selepas itu halakan kepada code yang telah disediakan oleh pihak WhatsApp yang telah terpapar pada komputer  anda. Dengan mudah, anda boleh teruskan penghantaran mesej WhatsApp dari komputer anda.

Untuk menamatkan sesi whatsApp di komputer, anda boleh klik Logout pada menu whatsApp di web tersebut ataupun pada menu WhatsApp Web pada telefon anda.

Walau bagaimanapun, anda diingatkan agar tidak menyalah-guna kemudahan ini sewaktu bekerja. Gunakan teknologi bersama-sama sifat integriti tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan dalam tugasan anda!

 

Disediakan oleh:

Muhammad Yazid Othman, Pej. Pentadbiran, Pusat Sains Sekitaran & Sumber Alam, FST UKM

(Visited 637 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *