PRASYARAT
- Screenshot Aplikasi
Kita perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 gambar Screenshoot aplikasi kita. Ukurannya boleh 320 x 480, 480 x 800, 480 x 854 atau 1280 x 800. Gambar 24 bit PNG atau JPEG (tanpa alpha) Full bleed, tanpa border. Caranya mudah, boleh guna ciri screenshoot dari perspektif DDMS di eclipse. Screen shoot ini akan dilihat oleh para pengguna aplikasi kita di bahagian overview dari Google Play Store web dan mobile.
- High Resolution Icon
Icon ini sifatnya mandatory. Dengan saiz 512 x 512 pixel, 32 bit PNG atau JPEG dan mempunyai besar maksimum 1024 KB. Icon ini akan di paparkan di Play Store web dan juga di Play Store mobile untuk peranti dengan resolution tinggi.
- Promotional Graphic
Grafik ini sifatnya optional, dengan saiz 180 x 120 pixel, 24 bit PNG atau JPEG (tanpa alpha) Full bleed, tanpa border. Grafik ini akan dipaparkan di google playstore mobile di device masing-masing.
- Feature Graphic
Feature grafik juga bersifat optional. Dengan saiz 1024 x 500 pixel, 24 bit PNG atau JPEG (tanpa alpha). Ada kemungkinan grafik ini akan di downsize ke mini atau micro. Feature graphic akan digunakan di header aplikasi anda di Play Store versi web.
- Promotional Video
Jika kita mempunyai promotional video untuk aplikasi kita di You Tube. Maka kita boleh lah meletakkan link video tersebut di bahagian ini (optional).
- Listing Butiran
Bahagian ini adalah bahagian di mana kita menjelaskan mengenai aplikasi kita melalui katakata. Listing Butiran terbahagi menjadi beberapa bahagian:
- Title (Nama aplikasi kita di Play Store)
- Description (Penerangan mengenai aplikasi kita, kegunaan dan cara pemakaian)
- Recent Changes (Perubahan yang terjadi di versi ini, biasanya semasa melakukan upgrade kita meletakkan maklumat ciri terbaru di bahagian ini)
- Promo Text
- Application Type (Apakah sifatnya aplikasi atau games)
- Category (Pilihan category untuk aplikasi kita, penjelasan terperinci boleh dilihat di sini)
- Contact Information
Kita boleh meletakkan maklumat mengenai laman web, alamat e-mel dan nombor telefon yang boleh di hubungi, berkaitan dengan permohonan kita.
LANGKAH-LANGKAH
Aplikasi android .apk yang siap dibangunkan perlu diuji sebelum diupload ke google playstore. Berikut adalah langkah-langkah ringkas untuk mengupload aplikasi andriod apk ke google playstore.
- Kita harus mempunyai akaun google.
- Buat akaun android developer, jika belum ada boleh daftar akaun di link berikut https://play.google.com/apps/publish/signup/
- Daftar akaun android developer adalah berbayar. kos untuk memasarkan applikasi android yang kita buat hanya 25 USD dan boleh dibayar dengan menggunakan kad kredit atau kad debit.
- Membuat pendaftaran dan pembayaran.
- Selepas kita mendaftar akaun android developer, kita boleh memuat naik aplikasi ke Google Play menggunakan google play deveploment console.
- Pergi ke google play deveploment console.
- Pada bahagian atas skrin, klik Tambah aplikasi baru.
- Menggunakan dropdown menu, pilih bahasa default dan tulis tajuk untuk aplikasi kita.
- Taip nama aplikasi kita yang kita mahu ia muncul di Google Play.
- Pilih naik APK atau Sediakan Penyenaraian Store untuk menambah maklumat apl kita.
- Pilih bahagian bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai memuat naik aplikasi
- Jika kita ingin aplikasi kita percuma pilih Free, dan jika kita ingin mem’publish’ aplikasi berbayar (Paid), kita harus menambahkan account merchant ke akaun Google Play Store.
- Mark “SELECT COUNTRIES” jika ingin aplikasi untuk semua negara atau mark negara-negara yang kita inginkan sahaja.
- Setelah selesai mengisi semua Harga dan Distribusi, klik butang”Save” di bahagian atas halaman.
- Klik Ready to publish di penjuru kanan bahagian atas kemudian pilih Publish the app
- Dari mobile pergi ke google play dan cuba cari nama aplikasi yang kita muat naik tadi dan install untuk pengujian, supaya ia berjaya install dan berfungsi
- Selesai
** mengambil masa diantara sehingga 48 jam untuk google publish aplikasi kita
Fail APK
Nama pakej untuk fail aplikasi adalah unik dan kekal, oleh itu kita perlu menamakan dengan teliti. Nama pakej tidak boleh dihapuskan atau digunakan semula pada masa akan datang.
**Penting: Jika kita kehilangan keystore, kita perlu untuk menerbitkan aplikasi dengan nama pakej baru dan keystore yang baru.
Saiz fail APK
Fail APK mempunyai saiz fail maksimum, berdasarkan versi Android APK yang menyokong:
100MB – APK yang mensasarkan Android 4.0 dan yang lebih tinggi (tahap API 14 atau lebih tinggi)
50MB – APK yang mensasarkan Android 3.2 dan yang lebih rendah (tahap API 13 atau lebih rendah)
jika aplikasi tidak boleh menyokong semua peranti dengan APK tunggal, kita boleh memuat naik berbilang versi APK menggunakan senarai aplikasi yang sama yang menentukan konfigurasi peranti yang berbeza.
Upload draf fail APK
Selepas kita memuat naik fail APK, ia boleh disimpan sebagai draf semasa kita menambah atau mengedit bahagian-bahagian lain maklumat app kita dengan memilih Simpan draf pada dialog muat naik.
**Nota: Kita boleh menyimpan APK baru sebagai draf menggunakan mod Mudah atau Advanced.
Disediakan oleh : Hafizhah Suzana PTM
sekarang dah tak boleh guna kad debit.. saya baru cuba kad debit mastercard cimb tapi nombor kad tidak sah .. dan buat cimb kwik melalui cimbclicks, tapi hasilnya sama.. takut2 nak apply kad kredit.. ada apa2 cadangan tak..? TQ 😉
terimakasih sangat membantu .