Cloud Computing atau pengkomputeran awan dalam ertikata yang mudah adalah untuk menyimpan dan mencapai data dan aplikasi dengan menggunakan Internet selain daripada komputer anda.
Contoh data-data yang disimpan seperti dokumen,gambar , audio atau video . Pengguna boleh mencapai data-data tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain dengan menggunakan capaian Internet.
Jenis-jenis pengkomputeran awan
1. Awan Persendirian ( Private Cloud )
- Awan Persendirian ini hanya ditujukan kepada pengguna atau organisasi yang tertentu sahaja. Pengguna luar tidak dapat mencapai data di dalam awan persendirian ini.
2. Awan Awam (Public Cloud )
- Awan Awam ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja . Di antara contoh awan awam ini adalah seperti Amazon Elastic Compute Cloud (EC2), IBM’s Blue Cloud, Sun Cloud, Google AppEngine dan Windows Azure Services Platform
3. Awan Hibrid (Hybrid Cloud )
- Awan Hibrid ini adalah kombinasi di antara awan persendirian dan awan awam dimana sesebuah organisasi menyimpan data yang penting di dalam storan awan persendirian dan selainnya dikekalkan di dalam storan awan awam.
4. Awan Komuniti ( Community Cloud )
- Awan Komuniti merupakan kombinasi di antara awan awam , persendirian dan hibrid. Ianya dikongsi oleh pelbagai organisasi diikuti dengan ketetapan seperti keselamatan,pematuhan dasar dan bidang kuasa. Awan Komuniti boleh diuruskan secara luaran, pihak ketiga atau in-house environment .
Jenis-jenis perkhidmatan awan
1. Perisian Sebagai Perkhidmatan ( Software-As-A-Service (SaaS) )
- Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menggunakan perisian tersebut tanpa perlu memasangnya pada komputer atau peranti mudah alih yang lain. Contoh perkhidmatan ini adalah seperti Gmail , YahooMail, Hotmail, Facebook, Twitter,Microsoft 365, Google Apps,You Tube dan lain-lain lagi.
2. Platform sebagai Perkhidmatan ( Platform-As-A-Service ( PaaS ))
- Perkhidmatan ini menawarkan platform yang membenarkan pengguna membangunkan dan menguruskan aplikasi tanpa perlu membeli perkakasan dan perisian untuk pembangunan aplikasi tersebut.Contohnya seperti Window Azure, Google App Engine, force.com dan sebagainya.
3. Infrastruktur sebagai Perkhidmatan ( Infrastructure-As-A-Service (IaaS))
- Perkhidmatan ini menawarkan sumber perkakasan seperti rangkaian, storan dan compute resources secara maya ( virtual ) melalui Internet . Di antara contoh perkhidmatan ini adalah Amazon Web Services (AWS), Windows Azure, Google Compute Engine, Rackspace Open Cloud, dan IBM SmartCloud Enterprise.
Rujukan
http://asia.pcmag.com/networking-communications-software-products/2919/feature/what-is-cloud-computing
http://telemeen.blogspot.my/2014/11/5-benefits-of-cloud-computing.html
http://searchcloudcomputing.techtarget.com/definition/public-cloud
http://www.asigra.com/blog/cloud-types-private-public-and-hybrid
http://www.cheapsslcouponcode.com/blog/advantages-of-different-cloud-computing-models
http://leadconsultant.com/tag/cloud/
https://www.selasar.com/kreatif/cloud-computing-apa-itu
http://blog.seattlepi.com/microsoft/2010/02/01/windows-azure-starts-bringin-in-the-cash/
https://en.wikipedia.org/wiki/Platform_as_a_service
http://www.thoughtsoncloud.com/2014/02/what-is-platform-as-a-service-paas/
http://searchcloudcomputing.techtarget.com/definition/Infrastructure-as-a-Service-IaaS
http://catatantugasan.blogspot.my/2013/02/teknologi-cloud-computing.html
Disediakan oleh : Suzita PTM http://credit-n.ru/zaymyi-next.html