Jom “Shopping Online”

shopping bag

Era digital ini membolehkan pelbagai transaksi dibuat secara atas talian atau ‘online’. Kepercayaan terhadap transaksi atau jual beli secara online ini semakin lama semakin dipercayai dan popular. Ini adalah kerana banyak kos yang boleh dijimatkan iaitu dari segi kos perjalanan, bayaran tempat letak kereta, masa dan tenaga. Tetapi masih ada lagi berlaku penipuan jual beli online ini. Disini disenaraikan panduan membeli-belah secara online :

 

Buat kajiaan pembelian terlebih dahulu.

  • Survey

Adalah lebih baik memulakan survey pembelian online anda dengan web/ penjual yang biasa digunakan berbanding mencari melalui enjin pencarian.

Lebih selamat, jika menggunakan laman web/ penjual online yang biasa digunakan.

  • Komen, Feedback dan Ulasan

Sila baca komen-komen, feedback ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada penjual sebelum ini. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak. Bab ulasan ni kita boleh tengok facebook atau website jualan mengenai komen-komen pembeli terdahulu. Jika ada, boleh lawati mana-mana forum perbincangan.

  • Bandingkan Harga

Bandingkan harga barang tu dulu dengan blogshop yang lain. Pilih mana yang lebih murah & berbaloi untuk anda.Rujuk juga pakej yang ditawarkan, contohnya penghantaran percuma walaupun dengan hanya pembelian satu barangan.

Sentiasa berhati-hati dengan perkara yang nampak terlalu menguntungkan tanpa asas yang betul.

 

  • Status Penjual

Sila pastikan anda semak terlebih dahulu status penjual sama ada masih lagi aktif ataupun tidak lagi. Periksa blog/ web/ facebook tersebut untuk mengetahui tempoh mereka beroperasi. Juga pastikan penjual memaparkan maklumat mereka seperti nama penjual, no telefon untuk dihubungi ataupun alamat tempat mereka berniaga. Jika ada SSM borang pendaftaran perniagaan, maka kita yakin boleh berurusan dengan mereka. Sebelum membeli, cuba hubungi penjual melalui sms paling cepat, emel dan platform lain.

 

Kaedah pembayaran

  • Pembayaran melalui kad kredit

Mengikut web American Bar Association, kaedah pembayaran yang paling selamat adalah melalui kad kredit kerana terdapat pihak ketiga yang akan meluluskan transaksi pembayaran. Bagaimanapun beberapa berikut perlu diambil perhatian;

Jangan sesekali membuat transaksi pembayaran menggunakan kad kredit daripada laman yang tidak dilengkapi dengan enkripsi SSL (secure sockets layer). Anda akan tahu sesuatu laman itu mempunyai SSL jika ;

  • URL laman tersebut bermula dengan https://, iaitu bukan Http://.
  • Ada ikon mangga kunci, biasanya pada bar status di bawah pelayar web atau sebelah bar alamat URL ( bergantung kepada jenis pelayar)

Elakkan sesekali menghantar salinan atau maklumat kad kredit anda melalui emel.

Dan jangan lupa semak penyata kad kredit anda supaya tindakan pembatalan boleh diambil segera jika terdapat transaksi mencurigakan .

credit card

 

  • Resit atau Bukti Pembayaran 

Sila simpan resit ataupun bukti pembayaran anda (Slip bank in / transfer) untuk kegunaan jika anda ingin menebus kembali barangan yang anda beli jika terdapat kerosakan ataupun kesilapan.

 

 

Isu Keselamatan Perkakasan dan Perisian

PC, laptop, netbook or ipad mesti dilindungi oleh software antivirus yang terkini untuk keselamatan kita sewaktu melakukan transaksi belian secara online. Ini adalah untuk melindungi daripada perisian pengintip (spyware), malware, virus dan lain-lain ancaman dalam dunia internet.

Pastikan talian rangkaian anda selamat. Elakkan menggunakan wifi umum untuk membuat transaksi pembelian bagi mengelakkan sama ada akaun bank atau transaksi kad kredit anda digodam.

 

 

Memastikan produk selamat diterima

 Setelah urusan membeli selesai, sila pastikan penjual memberi anda No penjejakan kurier (Tracking Number) untuk rujukan anda. Contohnya : EF 174589848 MY. Ianya memudahkan untuk anda mengesan barangan anda. Biasanya, selepas anda membeli, wajib minta No penjejakan kurier untuk memudahkan anda menyemak status barangan anda berada dimana sebelum sampai ke destinasi. Dengan adanya No Penjejakan Kurier, mudah untuk rujukan di kemudian hari jika berlaku barang tak sampai. Status No penjejakan kurier boleh semak online sahaja.

Selepas penerimaan, teliti produk yang diterima. Hubungi penjual segera jika terdapat sebarang masalah. Adalah lebih baik, sebarang masalah atau permintaan pemulangan wang dan sebagainya dimaklumkan secara bertulis sebagai bukti untuk kegunaan perundangan jika ada.

kotak

 

Bagaimana jika semua tips sudah dibuat, tetapi masih ditipu lagi?

Disini adalah antara cadangan yang boleh dibuat jika berlaku perkara tersebut.

Sila rujuk  Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Tribunal Pengguna http://ttpm.kpdnkk.gov.my. Tribunal Pengguna ini ada cawangan di setiap negeri.

 

Cara-cara untuk membuat laporan adalah seperti berikut :

  1. Pergi ke cawangan Tribunal Pengguna yang berdekatan.
  2. Buka fail dengan bayaran RM5
  3. Pastikan anda membawa sekali bukti pembayaran/bank statement, dan segala maklumat mengenai penipu tersebut.
  4. Kes akan dibawa ke mahkamah. Sekiranya didapati bersalah, penipu akan di arahkan oleh mahkamah untuk membuat pembayaran balik kepada anda.

 

Sumber :

http://odahone.blogspot.my/

http://www.shafiqraduan.com/

http://www.safeshopping.org/

 

Disediakan oleh : Aslinda Onn 

(Visited 2,053 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *