Filter Emel Secara Automatik

Ada kalanya banyak emel masuk ke Inbox sehingga ada yang terlepas pandang untuk dibaca atau diambil tindakan. Ada juga emel yang tidak berapa penting untuk dibaca segera seperti forum atau newsfeed tetapi masih ingin dibaca.

logo3

Jangan bimbang kerana Staf Mail / Siswa Mail ada penyelesaiannya. Bagi memudahkan anda menguruskan emel yang masuk dengan sistematik, Staf Mail / Siswa Mail menyediakan kemudahan pengasingan secara label dan susun (Filters) secara automatik. Dengan menggunakan kaedah ini, emel boleh dipindahkan secara automatik ke Label, Archive, Delete, Star, dan boleh juga di Tag sebagai Spam.

Kaedah filter ini juga sesuai digunakan jika anda ingin mengasingkan dan menyimpan rekod permohonan yang diterima melalui emel sebagai arkib.

Jika anda juga menggunakan client mail seperti MS Outlook dan Mozilla Thunderbird di komputer, setiap folder atau filter yang dibina di Staf Mail / Siswa Mail turut diwujudkan di perisian tersebut. Tidak perlu set semula untuk filter yang sama.

logo4

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk mewujudkan Filters

  1. Pada kotak carian Staf Mail / Siswa Mail, kliklogo5
  2. Masukkan kriteria carian dan kemudian klik Create filter with this search.
  3. Tandakan kotakApply the label and pilih label untuk asingkan dan susun emel yang masuk secara automatik mengikut kriteria yang dipilih.
  4. Jika anda ingin pindahkan emel yang telah diasingkan tadi keluar dari Inbox, tetapi masih boleh dicapai atau dibaca, tandakan kotak Skip the Inbox (Archive it).
  5. Klik .logo6

Klik disini (Manual Pengasingan Emel http://www.ukm.my/infomail/files/Manual_Filters_Emel.pdf ) untuk untuk mendapatkan langkah-langkah yang lebih terperinci.

 

Disediakan oleh : Syazlina &  Azlina PTM

(Visited 1,400 times, 1 visits today)

6 thoughts on “Filter Emel Secara Automatik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *