Panduan kepada Penulis

SYARAT-SYARAT PENGHANTARAN ARTIKEL

Spesifikasi artikel

    1. Artikel boleh ditulis oleh satu hingga tiga orang pengarang
    2. Cabang artikel haruslah menepati salah satu daripada bidang yang ditetapkan.
        • IOT
        • Keselamatan ICT
        • Sistem Aplikasi
        • Pelayan Sistem
        • Multimedia
        • Rangkaian Komputer
        • Lain-lain
    3. Hanya artikel berkaitan kategori yang disediakan sahaja diterima. Artikel ICT merujuk kepada penulisan yang sesuai untuk bacaan umum, ditulis dengan gaya yang santai dan menarik. Ia boleh mengandungi istilah teknikal dengan bilangan minimum yang mana setiap satunya ditakrifkan dalam artikel. 
    4. Artikel berbentuk berita, laporan, penulisan saintifik beraras tinggi atau tugasan universiti tidak akan diterima.
    5. Artikel mesti dalam bahasa Melayu dan merupakan penulisan asli pengarang.
    6. Jumlah perkataan yang disyorkan antara 300 hingga 600 patah, tidak termasuk bahagian rujukan.
    7. Pengarang digalakkan menyertakan bahan grafik (gambar, rajah, jadual atau ilustrasi) sebagai pelengkap kepada teks dalam artikel. Jumlah grafik yang disarankan adalah 2 hingga 8.

   Penyediaan artikel

  1. Artikel ditulis menggunakan perisian Microsoft Word dan dihantar dalam format .doc atau .docx.
  2. Artikel mempunyai tajuk yang ringkas dan menarik (ia mungkin diubah suai semasa proses penyuntingan).
  3. Setiap bahan grafik mempunyai keterangan ringkas.
  4. Bagi bahan grafik yang diambil daripada Internet, pengarang perlu menyertakan pautan sumber kepada bahan tersebut tanpa perlu menyertakannya dalam teks artikel. Bagi bahan grafik hasil asli pengarang, sila sertakannya dalam artikel.
  5. Pengarang hendaklah menyertakan terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah IT penting yang diletakkan dalam kurungan bagi membantu pemahaman pembaca.
  6. Sertakan senarai Rujukan dalam bentuk pautan atau petikan/bibliografi pada bahagian akhir artikel. Nota Pengarang boleh disertakan jika perlu.

Syarat Tambahan

  1. Pengarang menanggung segala tanggungjawab dalam memastikan maklumat dan fakta yang diberikan dalam artikel adalah tepat.
  2. Artikel yang dihantar akan melalui proses suntingan yang mana manuskrip asal mungkin diubah suai – proses ini mengambil masa dua minggu atau kurang.
  3. Tiada sebarang bentuk ganjaran disediakan bagi setiap artikel yang dihantar kerana Wadah ICT merupakan portal tidak berasaskan keuntungan.

 

(Visited 25 times, 2 visits today)