Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Kunjungan Hormat Insan Charitable Society Kuwait (ICSK) ke UKM

25 Jun 2024 – Pengarah Yayasan Canselor, YBhg Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Insan Charitable Society Kuwait (ICSK) di Bilik Mesyuarat Lembaga, Bangunan Canselori UKM.

Delegasi ICSK diketuai oleh Pengarah ICSK, Dr. Jasim Hirsi dan Dr. Taher Sufyan. Dalam kunjungan tersebut turut dibincangkan beberapa kerjasama dan kolaborasi rasmi melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara ICSK dan UKM. Antara hasrat utama dalam perbincangan tersebut adalah untuk mewujudkan Anugerah Biasiswa ICSK-UKM kepada pelajar UKM bagi Sesi Akademik 2024/2025.

Turut hadir, YBrs PM Dr. Irman Abdul Rahman, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik UKM , En Jamalul Lail Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program & Pemasaran), Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dan Dr. Muhammad Nazir Alias, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam.