Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Yayasan Canselor ke Jabatan Pendidikan Tinggi, Putrajaya

24 Oktober 2024 – Yayasan Canselor telah membuat lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Bahagian Perkhidmatan Pengurusan (BPK), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Putrajaya. Kunjungan YC telah disambut oleh pengarah BPK, Encik Mohd Zaffwan bin Ab Ghafar, Puan Nur Atiqah binti Abdul Rahman dari Unit Kualiti dan Inovasi, dan pegawai-pegawai di Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, JPT.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman dalam melaksanakan EKSA di Pejabat Yayasan Canselor. Dalam sesi lawatan ini, pihak Jawatan kuasa induk dan ketua zon EKSA, JPT telah membentangkan aktiviti EKSA yang telah dilaksanakan dan turut dibawa melawat Bahagian Governan IPTA dan IPTS.

Turut serta dalam lawatan ini adalah Timbalan Pengarah Yayasan Canselor Prof. Madya Dr. Amizawati Mohd Amir dan semua kakitangan YC.
#YayasanCanselorUKM
#YCUKM
#UniversitiWatanKita
#IlmuMutuBudi