Majlis Penyerahan Daging Korban Sumbangan Bank Rakyat
Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman menghadiri Majlis Penyerahan Daging Korban Sumbangan Bank Rakyat kepada UKM. Majlis ini merupakan susulan daripada kerjasama Dana Wakaf Ilmu UKM (DWIUKM) dengan Bank Rakyat yang telah dimeterai pada bulan Februari 2022. Dana Wakaf Ilmu UKM bakal memberi manfaat dari segi perkembangan pendidikan, kebajikan dan pemerkasaan pembangunan ekonomi masyarakat Islam, khususnya warga UKM sendiri. Terima kasih Yayasan Canselor UKM yang telah mengambil inisiatif mewujudkan kerjasama dengan pihak Bank Rakyat. Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana), Prof. Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat), Encik Mohd Azli bin Mohd Kasirun, Bendahari UKM, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah, Yayasan Canselor UKM serta pihak pengurusan tertinggi Bank Rakyat.