Sumbangan dan Tajaan
LATAR BELAKANG
Unit Tajaan, Sumbangan, Biasiswa dan Hadiah Yayasan Canselor berperanan dalam mengumpul dana daripada sumber luar dalam melestarikan kewangan Universiti. Yayasan Canselor amat mengalu-alukan sokongan kewangan dan penajaan daripada semua pihak termasuklah institusi awam, pihak swasta, sektor korporat dan individu perseorangan bagi menjayakan hasrat ini. Unit ini juga memberikan khidmat sokongan kepada PTj lain di UKM bagi mengenal pasti penyumbang dana yang berpotensi. Yayasan Canselor sentiasa bekerjasama dengan PTj membina hubungan baik dengan pihak penyumbang, serta komited untuk menjayakan matlamat kolaborasi tersebut.
Sumber dana adalah pelbagai sama ada berbentuk kewangan, penajaan ruang, penambahbaikan infrastruktur, pembiayaan R&D dan juga pembangunan modal insan. Hasrat penyumbang akan diterjemahkan mengikut padanan PTj serta aktiviti-aktiviti universiti yang telah dipersetujui bersama. Antara jalinan kerjasama yang sedang dijalankan adalah bersama rakan industri Syarikat Return Legacy Sdn Bhd, ARB Berhad, Orogenic Resources Sdn Bhd dan Pantai Parkway.
JALINAN KERJASAMA
FUNGSI UNIT
- Membina jaringan hubungan kerjasama dengan pihak industri.
- Menguruskan dan mengendalikan urusan penajaan, sumbangan, biasiswa dan hadiah.
- Mengurus dan memastikan perolehan dana dibuat mengikut prosedur dan peraturan Universiti.
- Memastikan perincian kerjasama mengikut persetujuan bersama antara UKM dan pihak penyumbang.
- Merancang strategi dan melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi mencapai dasar-dasar atau matlamat yang telah ditetapkan.
- Memantau pelaksanaan jalinan kerjasama.