PROGRAM UNIT ZAKAT UKM BAGI TAHUN 2013

Program-program yang telah dilaksanakan oleh Unit Zakat UKM sepanjang tahun 2013 adalah melibatkan pelbagai skop seperti agihan, kutipan, promosi, dan lain-lain.

1. Misi Bantuan Gempa Bumi Aceh Tengah, Indonesia.

Gempa bumi ini telah mengorbankan lebih 10 nyawa dengan melibatkan kerugian mencecah RM 100,000.00. Unit Zakat UKM turut menyalurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi secara berbentuk makanan kepada mangsa gempa bumi secara terus iaitu berbentuk makanan asas berjumlah sebanyak RM 10,000.00. Misi ini telah diketuai oleh Tuan Haji Abdul Razak Hussin, Ketua Pentadbiran, Pusat Komunikasi Korporat, UKM.

Gempa Bumi Aceh

 

2. Program Bantuan Mangsa Banjir di Pekan, Pahang

Program ini berlangsung pada 16-18 Disember 2013 di Perkampungan Pulau Manis. Kampng tersebut merupakan kampung angkat UKM yang turut terkena musibat banjir. Sumbangan telah disalurkan kepada mangsa banjir berjumlah RM 22,000.00. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Mokhsin Tumin, Ketua Penolng Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari UKM.

Mangsa Banjir Pahang 1

Mangsa Banjir Pahang

 

3. Penyerahan Zakat Kepada Pelajar Cemerlang SMAP Kajang dan SMA Sungai Merab Luar.

Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UKM. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Dato’ Mohd Abd Rashid Bin Mohd Fadzil, Bendahari UKM. Seramai 80 orang pelajar cemerlang menerima sumbangan dalam majlis tersebut.

Penyerahan Zakat

 

4. Majlis Penyerahan Zakat Korporat

 

Majlis Penyerahan Zakat Korporat 1

Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2

Majlis Penyerahan Zakat Korporat 3

5. Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya 2 Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya 3 Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya 4 Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya 1