Ucapan Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia

Sukacita pihak Unit Zakat UKM merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Puan Khalijah Hj. Bakar, Jabatan Bendahari di atas kejayaan beliau dilantik sebagai Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia mulai 1 Oktober 2015. Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan yang diberikan oleh Universiti di atas pencapaian unggul perkhidmatan beliau selama ini.

Semoga seluruh warga kampus dapat memberikan kerjasama yang optimum dan sokongan yang sepenuhnya kepada beliau dalam meneruskan kesinambungan tugas dan meningkatkan usaha ke arah kecemerlangan Universiti secara keseluruhannya. Semoga kejayaan ini juga akan dapat memberikan suntikan semangat kepada semua kakitangan Universiti ini untuk meningkatkan potensi diri dan untuk terus menyumbang kepada perkhidmatan yang terbaik di UKM.

Tahniah dan syabas!

12112195_969509029779977_8072814008207153712_n