RM 3.2 Juta Agihan Zakat UKM 2015 Termasuk Kepada Masyarakat Orang Asli Tasik Banding, Gerik Perak

 

ZAKAT UKM MENYANTUNI ASNAF

 

Unit Zakat UKM dengan kerjasama Jabatan pendaftar dan Muzium Warisan Akademik UKM turut serta dalam usaha membangunkan penempatan masyarakat orang asli di Tasik Banding Gerik Perak. Program ini adalah bertujuan untuk berdakwah kepada agama Islam yang lebih syumul disamping membantu membangunkan kehidupan masyarakat orang asli disana. Sebanyak RM 10,000.00 telah diperuntukan bagi program pada kali ini dengan beberapa bentuk bantuan turut dilaksanakan seperti membina empangan air dan pembinaan saluran paip pvc sejauh 1.6 km untuk membekalkan air bersih kepada penduduk di sana.

 

1534735_963371913752308_214774167951534977_o

 

Selain itu, bantuan keperluaan asas seperti makanan dan barang keperluan harian turut disumbangkan kepada penduduk. Beberapa projek susulan turut dirancang untuk dilaksanakan bagi kemudahan dan keselesaan penduduk di situ termasuklah penyediaan surau,  tandas konkrik, kolah air dan lain-lain. Seramai 45 orang  penduduk di pulau tersebut yang terdiri daripada 11 keluarga. kesmua penduduk di situ adalah merupakan penganut agama Islam.

 

12783561_963370520419114_6832119895391882360_o

 

Kepercayaan penduduk kampung kepada UKM amatlah tinggi malah, harapan mereka agar pihak UKM dapat membantu untuk membangunkan kehidupan penduduk di sana dari segi ekonomi mahupun keagamaan.

 

11143401_963369727085860_4376381671330542206_o

Turut hadir dalam program ini ialah, Dr. Ahmad Irdha Mokhtar, Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Urusetia Unit Zakat UKM mengucapkan terima kasih atas kerjasama baik yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftar iaitu Tuan Haji Razak Hussin dan pihak Muzium Warisan dan Akademik iaitu Hj. Ismail Ibrahim dalam menjayakan program ini.