UNIT ZAKAT UKM SUMBANG GOGO ELITE SCOOTER KEPADA PELAJAR UKM

IMG_2912

Unit Zakat UKM memperuntukkan sebanyak RM 5,300.00 bagi membeli Gogo Elite Scooter kepada seorang pelajar Sarjana Muda Fakulti Sains Kemanusiaan UKM untuk memudahkan pergeraknya ke kuliah. Pembelian Gogo Elite Scooter ini merupakan yang pertama disediakan oleh Unit Zakat IPT seluruh Negeri Selangor kepada pelajar. Pembelian tersebut dilakukan setelah melihat kepada perluan dan keselesaan pelajar bagi menuruskan pengajian beliau di UKM.

Hal ini diharap dapat mendorong pelajar UKM agar sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan tiada penghalang untuk ke arahnya termasuklah masalah kesihatan. Unit Zakat UKM berusaha untuk memastikan pelajar sentiasa disantuni mengikut keperluan yang diperlukan.

Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh En. Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat dan En. Ahmad Hairi Rabbani Ahmad Puhad, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Zakat UKM di Kolej Tun Hussien Onn pada 24 Februari 2016.