Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020 Ringkasan Eksekutif
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT) menggariskan 10 lonjakan utama dalam usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan tinggi yang terbaik bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global. Selaras dengan aspirasi PPPM(PT) untuk menyemai minda keusahawanan ke dalam seluruh sistem pendidikan tinggi dan mewujudkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan graduan bercirikan keusahawanan dan menjadi penjana pekerjaan, serta memastikan kemampanan kewangan Institusi pendidikan Tinggi (IPT) negara, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020.
Muat turun buku Pelan Tindakan Keusahawanan Intitusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 versi elektronik di bawah:
Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020 (Cover)
layari : http://www.mohe.gov.my/fokus/231-pelan-tindakan-keusahawanan-ipt-2016-2020