LAPORAN LENGKAP KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT UKM JANUARI 2017 SEHINGGA SEPTEMBER 2017
LAPORAN LENGKAP
KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT UKM
JANUARI 2017 SEHINGGA SEPTEMBER 2017
Lembaga Zakat Selangor telah melantik Unit Zakat UKM sebagai Penolong Amil bagi menjalankan tugas-tugas mengutip dan mengagihkan (50%) daripada jumlah kutipan zakat setelah ditolak Upah Amil berdasarkan Perjanjian Pelantikan Penolong Amil (IPTA) antara Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) (No. Pendaftaran : PPAB-06-2016) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tempoh lantikan adalah selama 5 tahun bermula 31 Ogos 2014 sehingga 30 Ogos 2019 dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang yang telah ditetapkan.
Tugas dan tanggungjawab mengagihkan zakat adalah berdasarkan subklausa 1.1 sepertimana dalam perjanjian, di mana wang agihan zakat UKM hanya boleh diagihkan kepada 5 asnaf iaitu Fakir, Miskin, Mualaf, Fisabilillah, Ibnu Sabil sahaja. Walaubagaimana pun, bagi Asnaf Gharimin dan Riqab perlulah dipanjangkan kepada LZS untuk bantuan. Kaedah pengurusan zakat di UKM sama ada kutipan mahupun agihan wajib mengikut garis panduan dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak LZS. LZS telah melantik pihak juru audit dalaman mahupun luaran untuk mengaudit tatakelola pengurusan zakat di setiap UA/ IPTS di seluruh Negeri Selangor termasuk UKM. Laporan terperinci agihan secara bulanan perlulah dihantar kepada pihak LZS sebelum 10 haribulan setiap bulan.
Selain itu, pemantauan dan kawal selia mengenai urus tadbir Unit Zakat dan pengurusan wang agihan zakat dari pihak LZS turut diadakan melalui lantikan wakil LZS bagi kedua-dua Jawatankuasa Tertinggi Zakat UKM iaitu Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UKM (TAZUKM) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS (Ceo) dan Jawatankuasa Tabung Agihan Zakat UKM (JAZUKM) yang diwakili oleh Ketua Divisyen Kutipan LZS.
Justeru segala kaedah pengurusan kutipan dan agihan yang diamalkan di UKM, adalah berpandukan terma yang telah ditetapkan dan dibawah kawalselia pihak LZS. Ia juga termasuk perkara-perkara lain seperti syarat kelayakan bantuan zakat, syarat penolakan bantuan zakat, kadar bantuan, bentuk bantuan dan lain-lain. Walaubagaimana pun, pihak UKM telah mendapat kelulusan pengecualian untuk beberapa perkara berkaitan agihan seperti kadar bantuan yang tertinggi di UA Negeri Selangor dan kadar lebihan pendapatan tolak had kifayah paling tinggi digunakan untuk melayakkan pemohon warga UKM mendapat bantuan. Ketetapan pihak LZS mengenai kadar lebihan pendapatan adalah hanya RM 500.00 ke bawah untuk melayakkan pemohon mendapat bantuan zakat, namun pihak UKM telah menetapkan bahawa lebihan sebanyak RM 3,500.00 ke bawah masih layak untuk mendapat bantuan zakat di UKM.
Sehubungan itu, adalah dipanjangkan statistik agihan zakat UKM bermula Januari 2017 sehingga September 2017 seperti berikut:
- AGIHAN ZAKAT KEPADA WARGA UKM
Bil |
Asnaf |
Bilangan Penerima |
Jumlah (RM) |
PELAJAR |
|||
1 |
FAKIR |
760 |
767,908.00 |
2 |
MISKIN |
1,577 |
1,260,338.00 |
3 |
FISABILILLAH |
2828 |
1,362,768.24 |
4 |
MUALAF |
7 |
32,400.00 |
5 |
IBNU SABIL (BUKAN WARGA NEGARA) |
196 |
199,267.65 |
JUMLAH |
5,368 |
3,622,681.89 |
Bil |
Asnaf |
Bilangan Penerima |
Jumlah (RM) |
KAKITANGAN |
|||
1 |
FAKIR |
20 |
41,060.00 |
2 |
MISKIN |
15 |
40,145.00 |
3 |
FISABILILLAH |
470 |
200,207.94 |
4 |
MUALAF |
2 |
2,600.00 |
JUMLAH |
507 |
284,012.94 |
- AGIHAN ZAKAT KEPADA BUKAN WARGA UKM
Bil |
Asnaf |
Jumlah (RM) |
1 |
FAKIR |
28,000.00 |
2 |
MISKIN |
73,100.00 |
3 |
PEMBANGUNAN RUMAH ANAK YATIM |
160,000.00 |
4 |
PEMBANGUNAN SURAU/ MASJID |
101,800.00 |
5 |
MUALAF |
36,000.00 |
JUMLAH |
398,900.00 |
- AGIHAN KESELURUH ZAKAT UKM SEHINGGA SEPTEMBER 2017
Bil |
Asnaf |
Jumlah (RM) |
Peratus |
1 |
WARGA UKM |
3,906,694.83 |
91% |
2 |
BUKAN WARGA |
398,900.00 |
9 % |