ANDA HERO ASNAF WARGA UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya memperolehi kutipan Zakat bagi tahun 2020 sebanyak RM13,664,271.52 dan 50% daripada keseluruhan kutipan zakat Universiti akan diagihkan di UKM, manakala 50% selebihnya diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk diagihkan.

Jumlah kutipan yang dicatatkan ini sedikit menurun dari tahun sebelumnya, namun peningkatan berlaku pada bilangan pembayar iaitu seramai 4,785 bagi tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya hanya berjumlah 4,514 pembayar. Ini menunjukkan keprihatinan masyarakat kian meningkat, mengenai kebersamaan tanggungjawab dalam menyantuni asnaf terutama golongan yang sangat terkesan akibat pandemik covid-19 di negara kita.

Selaras dengan keprihatinan tersebut, maka lebih RM5.8 juta dana zakat telah diagihkan untuk manfaat asnaf warga UKM sepanjang tahun 2020. Agihan ini melibatkan lebih 7,000 penerima yang terdiri daripada 5 golongan asnaf melalui pelbagai jenis bantuan yang disalurkan.

Bagi tahun 2020, sebanyak 98.13% dana agihan yang diterima telah diagihkan kepada asnaf yang layak daripada jumlah keseluruhan dana itu RM5,978,118.79. Zakat Universiti akan terus komited untuk menyantuni asnaf warga bagi memastikan setiap daripada mereka mendapat perhatian dan bantuan yang selayaknya.

Dikesempatan ini juga, warga kerja ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pembayar zakat di atas sokongan yang berterusan kepada Zakat UKM.

Andalah Hero Kami.