ANDA BERJAYA KAMI GEMBIRA

.

PROGRAM INSENTIF KECEMERLANGAN 2021

.

Zakat Universiti mempelawa semua pelajar yang cemerlang untuk memohon saguhati khas yang disediakan atas kecemerlangan para pelajar dalam pengajian akademik. Pemberian saguhati ini adalah di bawah Program Insentif Kecemerlangan Zakat Universiti yang merupakan di antara program bantuan zakat yang disediakan kepada warga UKM.

.

Program Insentif Kecemerlangan ini bertujuan menggalakkan para pelajar untuk terus menerpa kecemerlangan dalam platform akademik, selain itu beberapa tujuan lain yang diharapkan dapat dicapai dalam program ini sepertimana berikut:

  1. Menggalakkan para pelajar untuk sentiasa berusaha dalam meraih kecemerlangan dalam bidang pembelajaran.
  2. Melahirkan graduan yang cemerlang, kompeten serta kebolehpasaran tinggi.
  3. Membudayakan persaingan sihat di antara para pelajar agar sentiasa bersaing bagi mencapai kejayaan dalam akademik.

.

Perincian syarat-syarat Progam Insentif Kecemerlangan Zakat Universiti adalah seperti berikut:

1. Kecemerlangan Sijil Profesional

  • Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
  • Pelajar warganegara sahaja;
  • Memperolehi sijil semasa berstatus pelajar UKM;
  • Tarikh penerimaan Sijil tidak melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan;
  • Sijil berstatus aktif/ lulus ujian;
  • Satu (1) sijil layak untuk satu (1) insentif;
  • Tiada had bilangan penerimaan insentif;
  • Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan; atau
  • Lain-lain sijil profesional setaraf yang tidak disenaraikan dan diperakui oleh TAZUKM/JAZUKM.

2. Kecemerlangan Penerbitan/ Penghasilan Jurnal

  • Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
  • Pelajar warganegara sahaja;
  • Penerbitan dibuat semasa berstatus pelajar UKM;
  • Tarikh penerbitan tidak melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan;
  • Penerbitan mestilah mempunyai afiliasi UKM;
  • Didaftarkan dalam e-Respositori Penerbitan dan disahkan oleh Perpustakaan;
  • Satu (1) tajuk kajian layak hanya untuk satu (1) insentif sahaja;
  • Tiada had bilangan penerimaan insentif; dan
  • Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan.

3. Kecemerlangan Pertandingan Akademik

  • Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
  • Pelajar warganegara sahaja;
  • Memenangi pertandingan semasa berstatus pelajar UKM;
  • Memperolehi johan dalam pertandingan bersifat akademik;
  • Pertandingan diiktiraf oleh Universiti;
  • Tiada had bilangan penerimaan insentif;
  • Bergantung kepada kesesuaian Maqasid Syariah; dan
  • Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan.

.

Permohonan saguhati bagi Insentif Kecemerlangan ini boleh dipohon melalui link berikut Zakat@UKMĀ 

.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, saudara/i boleh menghubungi kami ditalian 03-8921 4225 (Kampus Bangi) atau 03-9145 6526 (Kampus Kuala Lumpur).