LAWATAN KE RUMAH ASNAF PELAJAR

05 April 2021 (Isnin) – Satu lawatan dan ziarah telah diadakan oleh zakat Universiti dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Daerah Hulu Langat bertujuan untuk bertanya khabar dan melihat keperluan keluarga pelajar diwaktu PKP.

Sebanyak 13 buah rumah keluarga asnaf pelajar UKM di daerah Hulu Langat yang terlibat dalam lawatan ini. Dalam lawatan tersebut juga, turut disampaikan sumbangan keperluan harian bagi persediaan menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Zakat universiti juga akan berusaha untuk menyantuni keluarga asnaf pelajar di daerah dan negeri yang lain pada masa akan datang. Zakat Universiti berharap dengan bantuan/ sumbangan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi dikala Pandemik Covid-19. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh pembayar zakat di UKM yang sentiasa mendokong kami untuk menyantuni warga yang memerlukan.

Justeru itu, kepada semua yang mempunyai info/ maklumat mengenai warga UKM yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 dan memerlukan bantuan, bolehlah salurkan maklumat atau laporkan kepada kami melalui emel seperti dibawah:
infozakat@ukm.edu.my atau terus hubungi kami di talian 03-8921 4225/5820