KAMI BERSAMA PALESTIN
.
ISRAEL MESTI HENTIKAN SERTA MERTA PENGGUNAAN KEKERASAN TERHADAP ORANG AWAM PALESTIN DAN BERHENTI CEROBOH WILAYAH PALESTIN
.
Israel terlalu angkuh. Belum reda kemarahan umat Islam susulan pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa, mereka terus bertindak zalim dengan melancarkan serangan udara semalam yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam Palestin termasuk kanak-kanak.
.
Perbuatan terkutuk ini amat melampau, tidak berperikemanusiaan serta secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa. Lebih mendukacitakan, ia dilakukan ketika umat Islam sedang memaknai Ramadan dan bersedia menyambut Syawal lusa. Kebiadaban ini sangat tidak menghormati Islam dan umatnya.
.
Pendirian tegas 🇲🇾 Malaysia ini mesti disokong seluruh masyarakat dunia. Berdiam diri dengan kekejaman Israel bukan lagi caranya. Semua pihak mesti menyokong perjuangan rakyat 🇵🇸 Palestin untuk memiliki negara yang bebas dan berdaulat. Malaysia akan terus bersama Palestin!
.
Petikan Kenyataan Rasmi oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Luar Negeri
.
Warga Zakat Universiti Bersama Kerajaan Malaysia dan Rakyat Palestin