🎉BANTUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PNGK 3.67 KE ATAS✅

🥳Tahniah diucapkan kepada 2500 pelajar UKM yang telah memperolehi keputusan cemerlang 3.67 dan ke atas pada semester 1 sesi 2020/2021. Pelajar akan menerima Insentif Kecemerlangan Zakat UKM berjumlah RM200.00/ pelajar.

Diharap agar insentif ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.🤲

💯Bayaran kepada penerima dijangka selesai pada 31 julai 2021

Kami warga Bahagian Zakat, Pusat Islam UKM sekali lagi merakamkan ucapan tahniah dan moga terus berjaya !🤗

#Tabung Amanah Zakat UKM
#ZakatUKM