BANTUAN INSENTIF KECEMERLANGAN ZAKAT UKM

Zakat Universiti mempelawa semua pelajar yang layak untuk memohon insentif khas yang disediakan atas kecemerlangan para pelajar dalam pengajian akademik. Pemberian insentif ini adalah di bawah Bantuan Insentif Kecemerlangan yang merupakan di antara jenis bantuan zakat yang disediakan kepada pelajar UKM.

Bantuan Insentif Kecemerlangan ini bertujuan menggalakkan para pelajar untuk terus menempa kecemerlangan dalam platform akademik. Selain itu beberapa tujuan lain yang diharapkan dapat dicapai dalam program ini sepertimana berikut:

  1. Menggalakkan para pelajar untuk sentiasa berusaha dalam meraih kecemerlangan dalam pembelajaran.
  2. Melahirkan graduan yang cemerlang, kompeten serta kebolehpasaran yang tinggi.
  3. Membudayakan persaingan sihat di antara para pelajar bagi mencapai kejayaan dalam akademik.

Perincian terma dan syarat bagi setiap jenis Bantuan Insentif Kecemerlangan adalah seperti berikut:

1.PNGK CEMERLANG

  • Pelajar yang menjalani semester semasa
  • Memperolehi keputusan peperiksaan PNGK cemerlang
  • Tertakluk kepada penilaian Jawatankuasa TAZUKM
  • Tidak perlu membuat permohonan

Kadar Bantuan : RM200.00

2. KECEMERLANGAN SIJIL PROFESIONAL

  • Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
  • Pelajar warganegara sahaja;
  • Memperolehi sijil semasa berstatus pelajar UKM;
  • Tarikh penerimaan Sijil tidak melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan;
  • Sijil berstatus aktif/ lulus ujian;
  • Satu (1) sijil layak untuk satu (1) insentif;
  • Tiada had bilangan penerimaan insentif;
  • Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan; atau
  • Lain-lain sijil profesional setaraf yang tidak disenaraikan dan diperakui oleh TAZUKM/JAZUKM.

Kadar Bantuan : RM1,000.00

Antara sijil profesional yang diiktiraf untuk permohonan adalah seperti berikut :

3. KECEMERLANGAN PENERBITAN/ PENGHASILAN JURNAL

  • Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
  • Pelajar warganegara sahaja;
  • Penerbitan dibuat semasa berstatus pelajar UKM;
  • Tarikh penerbitan tidak melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan;
  • Penerbitan mestilah mempunyai afiliasi UKM;
  • Didaftarkan dalam e-Respositori Penerbitan dan disahkan oleh Perpustakaan;
  • Satu (1) tajuk kajian layak hanya untuk satu (1) insentif sahaja;
  • Tiada had bilangan penerimaan insentif; dan
  • Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan.

Kadar Bantuan :

  • Top 10% : RM1,000.00
  • Q1 : RM800.00
  • Q2 : RM600.00
  • Q3 : RM400.00
  • Q4/ Terindeks/ Prosiding Terindeks : RM200.00

4. KECEMERLANGAN PERTANDINGAN AKADEMIK

  • Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
  • Pelajar warganegara sahaja;
  • Memenangi pertandingan semasa berstatus pelajar UKM;
  • Memperolehi johan dalam pertandingan bersifat akademik;
  • Pertandingan diiktiraf oleh Universiti;
  • Tiada had bilangan penerimaan insentif;
  • Bergantung kepada kesesuaian Maqasid Syariah; dan
  • Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan.

Kadar Bantuan : RM200.00