KELULUSAN AGIHAN ZAKAT UKM (MEI – JUN 2021)

Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) Bil.3/ 2021 yang bersidang pada 1Julai 2021 telah meluluskan agihan zakat kepada asnaf Warga Universiti bagi tempoh 2 bulan iaitu bermula Mei sehingga Jun 2021 berjumlah RM2,193,544.00.

Agihan kali ini lebih tertumpu kepada Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara Hidup) bagi pelajar yang menjalani pengajian Semester II 2020/2021 dan juga kakitangan yang terjejas dan terkesan akibat covid-19. Selain itu, beberapa bantuan lain turut menjadi keutamaan dalam agihan setelah melihat kepada keperluan pengajian atas talian pada ketika ini.

Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 9 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:

1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Bantuan Saguhati Aidilfitri (Asnaf Kakitangan & Muallaf)
3. Bantuan Persekolahan Anak Kakitangan Fasa II
4. Bantuan Pendidikan (Laptop)
5. Bantuan Kes Khas (Perubatan, Sara Hidup, Musibah & Persekolahan)
6. Bantuan Program (Program Kerjasama)
7. Bantuan Sokongan Pengajian
8. Bantuan Perumahan Pangsapuri Cemara 10 Unit (Kakitangan)
9. Insentif Kecemerlangan

Walaubagaimanapun, terdapat lebih 32 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.