TAHNIAH DI ATAS MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE-49
Kami warga kerja Pusat Islam UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia yang ke-49.
Tahniah diucapkan di atas segala usaha, keringat dan kesabaran sepanjang mengharungi pengajian anda. Tidak lupa juga kepada semua barisan pensyarah dan pembimbing yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurah ilmu dan mendidik para graduan sehingga berjaya.
Semoga semua graduan UKM sentiasa memperbaiki dan meningkatkan mutu serta kualiti di masa hadapan.