BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR WARGA UKM 2021

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang merupakan staf UKM di Hulu Langat. Beliau juga turut menyampaikan cek sumbangan baik pulih daripada Tabung Amanah Zakat UKM kepada mangsa banjir tersebut.

Hari ini, seramai 242 sukarelawan UKM yang terdiri daripada pelajar dan staf telah menghulurkan bantuan membersihkan rumah mangsa banjir di 4 kawasan iaitu Bangi Lama, Dengkil, Sepang dan Hulu Langat