PENYERAHAN REPLIKA CEK SUMBANGAN BANJIR KEPADA WARGA UNIVERSITI
Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Haji Toriman menerima replika cek sumbangan banjir UKM berjumlah RM315,536 hasil kutipan daripada Pusat Zakat UKM, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti yang diagihkan kepada warga UKM yang terlibat dengan banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Daripada kutipan itu, UKM memberi sumbangan dan bantuan seperti baik pulih rumah, bantuan komputer riba, bantuan peralatan asas dan wang tunai.
UKM bergerak sederap bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dalam membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang, Johor, Kedah, Kuala Lumpur dan lain-lain tempat diseluruh negara.
Insyallah UKM akan turut membantu mereka yang memerlukan dan terjejas khasnya warga UKM dari Pantai Timur ekoran banjir baru-baru ini.
Turut hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Banjir Warga UKM adalah Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat; Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar; Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dan Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla.