BANTUAN PERUMAHAN UNIT ZAKAT UKM 2023 – (PERUMAHAN RUMAH BUKIT PUTERI UKM)

OBJEKTIF:
Zakat Universiti mempelawa kepada semua kakitangan UKM yang layak untuk memohon Bantuan Perumahan Zakat Universiti. Bantuan ini disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan asas tempat tinggal bagi menjamin kualiti hidup kakitangan Universiti.

SYARAT PERMOHONAN:
1) Beragama Islam
2) Warganegara Malaysia
3) Kakitangan UKM
4) Terdiri dikalangan asnaf
5) Tidak menerima sebarang bantuan perumahan dari mana-mana pihak

CARA-CARA MEMOHON:
a) Permohonan dibuat menerusi Sistem e-Prihatin UKM (Bantuan Rumah Sewa)
b) Permohonan mestilah dibuat oleh ketua keluarga sahaja

DOKUMEN YANG PERLU DIMUATNAIK:
– Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan
Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
– Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan (Pasangan dan anak)
– Sijil Kematian (Jika berkenaan)
– Kad OKU (Jika Berkenaan)
– Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
– Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)

PERTANYAAN:
Kaunter Zakat UKM
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8921 4225/ 5820

*Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 DISEMBER 2023.