Zakat Universiti

 Tabung Amanah Zakat UKM

Penerima & Kriteria Penerima Zakat Universiti

.

.TAKRIFAN 5 ASNAF YANG DIBANTU UNIVERSITI

ASNAF FAKIR
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

ASNAF MISKIN
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

ASNAF MUALAF
Mualaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

ASNAF IBNU SABIL (IBNISABIL)

Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

  • Putus bekalan dalam perjalanannya.
  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan.

ASNAF FISABILILLAH
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.