AGIHAN SEBANYAK RM1,201,366.00 TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA AGIHAN ZAKAT UKM (JAZUKM) BIL. 1/2021

8 Mac 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) yang bersidang pada 18 Februari 2021 telah meluluskan agihan zakat kepada asnaf Warga Universiti bagi tempoh 2 bulan iaitu bermula Januari sehingga Februari 2021 berjumlah RM1,201,366.00.

Jawatankuasa Agihan Zakat UKM (JAZUKM) merupakan jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan terhadap hal-ehwal agihan zakat Universiti dimana ahlinya terdiri daripada pelbagai pusat tanggungjawab (PTj) berdasarkan kepakaran dan bidang pengurusan yang diperlukan sepertimana perincian berikut:

1. Encik Mokshin Tumin, Timbalan Bendahari, Jabatan Bendahari (Pengerusi)
2. Encik Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Pentadbiran Pusat Islam (Setiausaha)
3. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar, Hospital Canselor tuanku Muhriz (Ahli)
4. Prof. Madya Dr. Shofian Ahmad, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam (Ahli)
5. Puan Rohana Tan, Ketua Pentadbiran Pusat Pengurusan Akademik (Ahli)
6. Dr. Shahrul Nazmi Sannusi, Timbalan Pengarah Pusat Hal-Ehwal Pelajar (Ahli)
7. Encik Khairil Khuzairi, Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam (Ahli)
8. Encik Muhammad Ibrahim Selamat, Wakil Lembaga Zakat Selangor (Ahli)

9. Encik Ahmad Hairi Rabbani Ahmad Puhad, Ketua Bahagian Zakat Kampus KL (Urusetia)

Agihan kali ini lebih tertumpu kepada bantuan keperluan asas serta lain-lain bantuan telah diberikan kepada pelajar dan kakitangan yang terjejas dan terkesan akibat covid-19. Selain itu, bantuan peranti kepada pelajar turut menjadi keutamaan dalam agihan setelah melihat kepada keperluan pengajian atas talian pada ketika ini.

Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 7 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:

1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Bantuan Sokongan Pengajian (Alatan/ Keperluan Khas Pengajian)
3. Bantuan Persekolahan Anak Kakitangan (Yuran Kelas Tambahan)
4. Bantuan Pendidikan (Laptop)
5. Bantuan Kes Khas
6. Bantuan Program (Program Kerjasama)
7. Bantuan Musibah (Banjir, kebakaran dan sebagainya)

Walaubagaimanapun, terdapat lebih 32 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.