BANTUAN KHAS ASNAF (Komputer Riba Kepada Pelajar Warga UKM)

18 Februari 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) telah meluluskan bantuan tajaan penuh komputer riba kepada 270 orang pelajar asnaf fakir & miskin untuk tahun 2020/2021.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu dalam menyediakan kelengkapan asas pembelajaran pelajar demi menjamin kecemerlangan mereka dalam pengajian akademik.

Hasrat Zakat Universiti adalah untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pengajian disebabkan masalah ketiadaan kemudahan peralatan bagi mengikuti pengajian mereka terutamanya ketika situasi sukar akibat terkesan Covid-19 ini.

Zakat Universiti juga menyeru kepada warga UKM yang mempunyai maklumat mengenai pelajar yang memerlukan bantuan, untuk terus menyalurkannya kepada kami atau pihak SISWA-UKM bagi tindakan dan bantuan lanjut.