Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi 2021 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

Dimaklumkan Zakat Universiti mempelawa kepada semua warga kakitangan UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2021 bagi Anak-Anak Kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil.

Permohonan perlu dibuat melalui atas talian di : (sila klik URL di bawah)

https://zakat.ukm.my/

  1. Syarat Permohonan:
  • Warga Kakitangan UKM
  • Beragama Islam
  • Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
  • Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil
  • Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 pengajian
  1. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
  • Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
  • Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
  • Sijil Kematian (Jika berkenaan)
  • Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
  • Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
  • Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi
  1. Kadar Bantuan (sekali sahaja):
  • Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00
  • Diploma/ Asasi/ Matrikulasi – RM 700.00
  • Sijil – RM 500.00

*Diruangan maklumat tanggungan, sila isi semua tanggungan termasuk pasangan.

  1. Tarikh Permohonan: 2 Ogos hingga 15 Oktober 2021

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :