Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi Anak Kakitangan UKM 2024

Zakat Universiti mempelawa kepada semua warga kakitangan UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2024 bagi Anak-Anak Kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Matrikulasi/ Asasi Pra Universiti / Sijil.
Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan anak-anak ke Institusi Pengajian Tinggi. Bantuan ini juga diberikan sebagai galakan dan motivasi untuk mereka meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Mohon secara atas talian melalui Sistem e-Prihatin UKM (https://eprihatin.ukm.my/) bermula 5 Ogos hingga 31 Oktober 2024.