LANJUTAN TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SEHINGGA 13 JANUARI 2017

 

 

Unit Zakat UKM mempelawa kepada semua warga UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Persekolahan Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM (one -off).

  1. Syarat Permohonan :

– Warga Kakitangan UKM (Warganegara sahaja)
– Beragama Islam
– Pendapatan Seisi Keluarga Tidak Melebihi RM 6,000.00 Sebulan (Gaji Kasar)

2. Dokumen yang diperlukan :

 

– Kad Pekerja
– Salinan Pendapatan (Penyata Gaji/Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan)
– Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
– Salinan Sijil Kematian (Jika berkenaan)
– Salinan Sijil C erai (jika Berkenaan)

3. Kadar Bantuan Persekolahan (one-off):
– Tadika : RM 50.00/ Seorang (6 tahun)
– Sekolah Rendah : RM 75.00/ Seorang
– Sekolah Menengah : RM 125.00/ Seorang

Tarikh Permohonan : 19 Disember 2016 sehingga 13 Januari 2017

*tertakluk kepada jumlah dana yang diperuntukan

 

Layari Facebook kami utk maklumat lanjut : Tabung Amanah Zakat UKM