BANTUAN UMUM PELAJARAN SEMESTER 3 SESI 2023/2024

Assalamu’alaikum, Wrt. Wbt.
Mahasiswa/i sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Semester 3 Sesi 2023/2024 khusus untuk pelajar yang menjalani Semester Pendek dan Latihan Industri telah dibuka.
Permohonan perlu dibuat secara atas talian di pautan: https://eprihatin.ukm.my/
Tarikh temuduga adalah bermula pada 5 OGOS hingga 12 SEPTEMBER 2024.
Bantuan yang disediakan:
1. Sara Hidup
Syarat Permohonan:
1. Islam;
2. Pelajar Sepenuh Masa;
3. Mendaftar
4. Pelajar Prasiswazah;
5. Tidak menerima elaun daripada pihak Majikan tempat LI (*permohonan LI sahaja);
6. Tempoh LI adalah sepanjang atau dalam Sem 3 Sesi 2023/2024. (*permohonan LI sahaja)
Dokumen yang WAJIB disediakan/muatnaik (Disahkan):
i. Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen terkini / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga yang bekerja & tidak bekerja;
ii. Slip Pendaftaran Kursus Semester Sem 3 2023/2024; dan
iii. Surat Jawapan Kelulusan Penempatan LI oleh Majikan & pengesahan tidak menerima apa-apa elaun. (*permohonan LI sahaja)
**Bagi pelajar yang telah berjaya memilih slot tarikh temuduga namun tidak dapat pemakluman/panggilan daripada pihak kami, mohon untuk semak di STATUS PERMOHONAN satu(1) hari selepas tarikh temuduga. Jika masih status Tunggu Temuduga, sila maklumkan kepada pihak kami.
Sebarang persoalan boleh hubungi talian kaunter zakat UKM : 03-8921 4225