JOM BAYAR ZAKAT AKHIR TAHUN DI KAUNTER ZAKAT UKM

50% KUTIPAN AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) DAN 50% LAGI DIAGIHKAN KEPADA WARGA UKM YANG LAYAK

Assalamualaikum w.b.t

Bahagian Zakat, Pusat Islam UKM dengan berbesar hati mempelawa kepada semua warga UKM & bukan warga untuk menunaikan kefardhuan Zakat harta di Kaunter Zakat UKM Aras 1, Masjid UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

JOM TUNAI ZAKAT ” Kecil bagi anda, besar bagi mereka “

Selesaikan kewajipan berzakat di atas pendapatan tahunan anda serendah 2.5% — dan dapatkan rebat cukai pendapatan sehingga 100%! Setiap sen yang anda tunaikan amat bermakna buat mereka yang kurang berkemampuan.

✅Zakat Pendapatan
✅Zakat Fitrah
✅Zakat KWSP
✅Zakat ASB
✅Zakat Emas
… dan banyak lagi.

Cepat! Tunaikan zakat harta anda sebelum 31 Disember 2022!

Rujuk Poster untuk maklumat lanjut.