JOM TUNAIKAN ZAKAT DI ZAKAT UKM

19 April 2021 bersamaan 7 Ramadhan 1442H, Zakat Universiti berkesempatan menziarahi beberapa asnaf warga kakitangan UKM kampus Bangi dan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar dan melihat keperluan mereka sempena menyambut bulan Ramadhan. Dalam lawatan ini juga turut disampaikan sumbangan pek makanan tajaan JAKEL dan Lembaga Zakat Selangor cawangan Daerah Hulu Langat.
 
Mengambil keberkatan bulan Ramadhan ini, marilah sama-sama kita bersedekah dan berzakat dalam mengejar ganjaran pahala yang besar serta memenuhi tuntutan agama. Semoga dengannya ia dapat meningkatkan semangat prihatin dan nilai saling memberi dalam kalangan umat Islam. Semoga segala amalan dan usaha kita diterima dan dikurniakan ganjaran sewajarnya oleh Allah SWT.