KELULUSAN AGIHAN ZAKAT UKM (MEI-JUN 2022)

Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) Bil.3/ 2022 yang telah bersidang pada 27 Jun 2022 telah memuktamadkan agihan zakat yang diluluskan bagi tempoh sepanjang April sehingga Mei 2022 serta meluluskan permohonan bantuan zakat (Mei – Jun) kepada asnaf warga universiti berdasarkan perincian dibawah: (Rujuk poster)
Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 12 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:
1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Insentif Kecemerlangan
3. Alat Sokongan Pengajian
4. Bantuan Persekolahan Anak Kakitangan
5. Bantuan Baik Pulih Rumah Warga
6. Bantuan Sara Hidup (Kakitangan)
7. Bantuan Perubatan
8. Bantuan Bebanan Kewangan
9. Bantuan Musibah
10. Bantuan Mobiliti
11. Saguhati Mualaf
12. Program Warga
Walaubagaimanapun, terdapat lebih 23 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.
🙌TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT UKM🙌