KEMPEN #PASTICARUM
Assalammualaikum kepada semua Warga Universiti Kebangsaan Malaysia
Pandemik Covid-19 dan PKP telah memberi impak besar kepada kesihatan & ekonomi. Bilangan Asnaf juga kian meningkat dengan mendadak. Dahulu mereka adalah pembayar zakat, kini mungkin adalah penerima Zakat. Lebih banyak wang zakat diperlukan untuk menampung keperluan agihan kepada Asnaf.
Maka, Lembaga Zakat Selangor dan Zakat UKM mengambil inisiatif melancarkan kempen khas #PASTICARUM.
1. Apa itu #PastiCarum?
#PastiCarum adalah satu inisiatif Lembaga Zakat Selangor dan Zakat UKM untuk menggalakkan warga UKM untuk MULA/TAMBAH caruman zakat potongan gaji serendah RM8/bulan, dengan menghadiahkan botol minuman edisi terhad sebagai tanda penghargaan.
Nota : LZS akan berhubung dengan wakil Zakat UKM untuk urusan pemberian cenderahati.
2. Bagaimana untuk menyertai Kempen?
Sila isi borang potongan SPG Zakat UKM terlebih dahulu (https://www.ukm.my/zakat/borang/eborang) dan imbas kod QR pada poster ATAU isi borang atas talian di https://cutt.ly/pasticarumIPT serta pilih Universiti
Kebangsaan Malaysia untuk menyertai kempen ini.
3. Bila Kempen ini TAMAT?
Kempen #PASTICARUM akan berakhir pada 30 Jun 2021.
Sebarang pertanyaan lanjut? Sila hubung Pegawai Zakat anda.
En. Salman di talian 013-210 2359 atau emel : muhammad.salman@ukm.edu.my
En. Rahman di talian 011-3729 2551 atau emel : abdrahman@ukm.edu.my
“Semoga Allah Taala menganugerahkan ganjaran pada apa yang engkau berikan dan semoga Allah Taala memberkati apa-apa yang masih ada pada engkau dan semoga pemberianmu ini merupakan pensucian dan pembersihan terhadap diri, keluarga dan hartamu”