LAPORAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT UKM (JAN-DIS 2016)

cpe-calculator-and-pen-2

 

KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT UKM

 

Kutipan zakat di UKM bagi tahun 2015 mencatatkan peningkatan sebanyak RM 3.4 juta 2015 berbanding ahun sebelumnya iaitu hanya RM 7.0 juta dengan jumlah keseluruhan kutipan adalah  RM 10.4 juta . Peningkatan kutipan ini mendorong kepada kadar agihan yang lebih besar bagi warga UKM iaitu berjumlah  sebanyak RM 3.2 juta pada tahun 2015 yang telah diagihkan.

 

UKM berupaya mengagihkan sebanyak 50% dari keseluruhan kutipan dan selebihnya akan dipulangkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Walaubagaimanapun, peningkatan ini banyak membantu Unit Zakat UKM untuk terus berusaha menyantuni asnaf zakat Warga UKM. Laporan penuh Kutipan dan agihan zakat di UKM akan diterbitkan melalui buletin Zakat UKM 2016.

 

Unit Zakat UKM turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembayar zakat di UKM khususnya Warga UKM dan pembayar-pembayar luar.

 

“Memberi kepada yang Berhak”