LAPORAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT UNIT ZAKAT UKM SEHINGGA TAHUN 2013
Kutipan zakat meningkat pada tahun 2013 sebanyak 45 peratus berbanding tahun 2012, dengan jumlah pengagihan sebanyak 84 peratus daripada 50 peratus keseluruhan kutipan zakat.
KUTIPAN ZAKAT UKM BAGI TAHUN 2011, 2012, DAN 2013
AGIHAN ZAKAT UKM BAGI TAHUN 2011, 2012, DAN 2013
Prestasi Kutipan Zakat
Jenis kutipan zakat di Kaunter Zakat UKM:
- Zakat pendapatan
- Zakat perniagaan
- Zakat simpanan
- Zakat saham
- Zakat KWSP
- Zakat emas dan perak
Kutipan zakat melalui Skim Potongan Gaji (SPG) merupakan kutipan tertinggi berbanding dengan kutipan zakat di kaunter Unit Zakat UKM dengan jumlah kutipan sebanyak RM 3,793,616.51.
Anggaran purata kutipan SPG adalah sebanyak RM316,000.00 untuk tempoh sebulan berbanding jumlah kutipan zakat di kaunter sebanyak RM 255,187.30 untuk tempoh satu tahun.
Peningkatan jumlah pembayar baru adalah dicatatkan sebanyak 25% pada tahun 2012 berbanding tahun 2011, iaitu seramai 1276 orang pada tahun 2011 dan seramai 1716 pada tahun 2012. Bagi tahun 2013, pengingkatan secara berterusan dicatatkan dengan peningkatan pembayar sebanyak 35% dari tahun 2012, iaitu penambahan seramai 525 orang. Pertambahan ini menjadikan jumlah pembayar baru bagi tahun 2013 ialah seramai 2241 orang.
Prestasi Agihan Zakat
Agihan Zakat UKM Bagi Tahun 2011, 2012, dan 2013
Peningkatan jumlah agihan bagi tahun 2012 adalah 98% dari tahun 2011. Manakala bagi tahun 2013, peningkatan yang dicatatkan adalah sebanyak 5% dengan jumlah agihan RM 1.872 juta. Agihan yang dilakukan di UKM hanyalah melibatkan 50% daripada keseluruhan kutipan, manakala selebihnya diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS – MAIS) untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.
Jumlah keseluruhan agihan zakat UKM bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM 1.872 juta melibatkan 6 golongan asnaf iaitu Asnaf Fakir (RM 634,700.00), Asnaf Miskin (RM 500,138.00), Asnaf Mualaf (RM 22,100.00), Asnaf Fisabilillah (RM 267,975.95), Asnaf Ibn Sabil (RM 69,960.00) dan Asnaf Amil (RM 277,000.00). Manakala jumlah agihan bagi Kes Khas dicatatkan adalah sebanyak RM 101,000.00 yang melibatkan pelbagai kes-kes tertentu.
Jenis-Jenis Agihan Zakat UKM