MENDAPATKAN MAKLUM BALAS WARGA UKM SERTA MASYARAKAT MENGENAI CADANGAN PROJEK NAIK TARAF MASJID UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamualaikum Wbt & salam sejahtera,

YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita Pusat Islam UKM mempelawa seluruh warga UKM serta masyarakat di Malaysia untuk mengisi borang maklum balas berkenaan cadangan projek menaik taraf bangunan/ kemudahan di Masjid UKM.

Borang maklum balas ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan, persepsi, cadangan serta komen daripada warga UKM dan masyarakat di Malaysia mengenai projek tersebut sama ada bersesuaian untuk direalisasikan dan mendapat sokongan warga UKM serta masyarakat di Malaysia.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, didahului dengan jutaan terima kasih

*Borang maklum balas ini hanya mengandungi 6 soalan sahaja