MISI BANTUAN GEMPA BUMI ACEH 2016

 

Pidie Jaya, Aceh (28 Disember 2016) – Satu Misi Bantuan Gampa Bumi Aceh 2016 telah digerakan oleh Unit Zakat UKM pada 28 Disember 2016 di Kabupaten Pidie Jaya Aceh Indonesia bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi disana. Sebanyak RM 61,000.00 diperuntukan untuk bantuan tersebut yang merangkumi barangan makanan asasi seperti beras, minyak masak, gula, dan lain-lain. Sejumlah 620 penerima bantuan bagi misi ini yang melibatkan 2 buah kampung di daerah Pidie Jaya, Aceh.

Misi yang digerakan atas nama Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Alumni UKM-ACEH telah berjaya dilaksanakan. Turut menyertai misi ini ialah YBhg. Dato’ Eisah A Rahman Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Tuan Haji Abd. Razak Hussin Pengarah Eksekutif Pentadbiran, Puan Khalijah Hj. Bakar Pengarah Eksekutif Kewangan, Prof. Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar Pengarah UCTC UKM, Supt. Dr Zafari Zulkifeli wakil Polis Diraja Malaysia serta beberapa pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pihak urusetia merakamkan ucapan terima kasih di atas penglibatan semua dalam misi ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Alumni UKM-ACEH dan Ikatan Alumni Kedoktoran UNSYIAH yang memberi kerjasama dalam menjayakan misi ini.