SALAM MA’AL HIJRAH 1 MUHARAM 1443H | 10 OGOS 2021M BUAT SELURUH UMAT ISLAM 🕌

 

Bertemakan “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”. Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dipelihara Allah dan sentiasa dalam naunganNya. Sempena tahun baharu ini, marilah bersama-sama kita berhijrah demi kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT ✨

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1443H bersamaan 1 Muharram 1443H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah ✅

🤲 Doa Akhir Tahun Hijrah (1442H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1442H bersamaan 9 Ogos 2021 (Isnin).

🤲 Doa Awal Tahun Hijrah (1443H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 9 Ogos 2021 (Isnin) bersamaan 1 Muharram 1443H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Salam Ma’al Hijrah 1443H
‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti

 

#Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM

#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM