Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang ke 64 tahun

Pusat Islam UKM mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 64 tahun kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. Semoga dengan kemerdekaan yang kita kecapi ini mampu menanam rasa cinta terhadap tanah air dan berjuang menaikkan nama negara 🇲🇾 di persada dunia🗺️

Walaupun kita masih dalam kegawatan pandemik covid-19 namun ia tidak menghalang masyarakat untuk menyambut dan mengekspresikan semangat kemerdekaan dalam diri, cuma kaedah sahaja yang berbeza mengikut kesesuaian norma baharu ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak covid-19 ini segera diangkatkan oleh Allah SWT. Hanya kepada-Nya kita berserah.

Dengan izin Allah kita pasti akan merdeka dari pandemik ini! 🤲

#sambutanbulankebangsaan
#Malaysiamerdeka
#PusatIslamUKM