UNIT ZAKAT UKM MEMENANGI ANUGERAH PERSTASI KUTIPAN TERBAIK 2015

IMG_5128 (1)

Unit Zakat UKM untuk dua tahun berturut-turut (2014-2015) dianugerah sebagai IPT terbaik di antara 12 IPTA/S diseluruh Negeri Selangor bagi kategori Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2015. Anugerah yang diterima tersebut melihat kepada prestasi kutipan zakat terbaik dan tertinggi di antara universiti-universiti di seluruh Negeri Selangor bagi agen Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Anugerah tersebut disampaikan dalam Majlis Penghargaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2015 yang diadakan di Dewan Orkid, Wisma PKPS Shah Alam pada 13 April 2016. Majlis telah disempurnakan oleh S.S Dato’ Seri Diraja Utama Mohd Tamyes Abd Wahid, Mufti Negeri Selangor. Wakil UKM yang hadir bagi menerima anugerah tersebut adalah En. Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat UKM, Jabatan Bendahari, UKM.

Aungerah tersebut merupakan pengiktirafan lembaga Zakat Selangor kepada UKM dalam memartabatkan kelestarian Zakat di UKM. Disamping, ianya menjadi pendorong bagi Unit Zakat UKM untuk terus maju dan efisyen dalam menyantuni asnaf di UKM.