ZAKAT UKM KINI BOLEH DIBAYAR MELALUI MAYBANK QR PAY DI SETIAP FAKULTI

.

Bermula 1 September 2020, pembayaran zakat kepada Universiti Kebangsaan Malaysia boleh dibuat melalui kemudahan Maybank QR Pay yang disediakan di setiap fakulti dan PTJ. Kemudahan ini disediakan untuk memudahkan warga menunaikan kewajipan berzakat menggunakan teknologi terkini serta pantas.

.

‘Tanggunjawab ini diusahakan oleh Bahagian Zakat Jabatan Bendahari bertujuan untuk memastikan agar setiap warga dapat menunaikan ibadah berzakat dengan mudah, pantas dan terkini. Selain kemudahan QR Pay bermula 1 Sept, pembayar juga boleh menggunakan kemudahan laian seperti pembayaran atas talian melalui laman sesawang www.give2ukm.ukm.my, e-potongan zakat melalui potongan gaji bulanan, pembayaran online banking, debit dan kredit kad dan lain-lain kemudahan. Kami di Bahagian Zakat sentiasa berusaha memastikan agar segala teknologi terkini dapat diakses semasa berurusan dengan pihak zakat UKM’. kata En. Muhammad Tajuddin Abdul RahimĀ  Ketua Bahagian Zakat Jabatan Bendahari UKM.

.

Edaran QR Pay di seluruh kampus telah diadakan pada 28 Ogos 2020.

#zakatUKMbantu

.