ZAKAT UKM SANTUNI ASNAF KAMPUNG SG. BUAH, DENGKIL BAGI MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Majlis Iftar di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor telah dianjurkan oleh UCTC UKM dengan kerjasama Unit Zakat UKM. Sebanyak RM 17,500.00 diperuntukan oleh Unit Zakat UKM bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis berkonsepkan berbuka puasa dan penyampaian sumbangan zakat kepada lebih 60 penduduk.
Kampung Sg. Buah merupakan penempatan semula setelah penduduk asal yang ditinggal di tanah UKM diarahkan berpindah ke kampung tersebut kerana ingin dibangunkan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu 46 tahun dahulu.
Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Hoo Abdullah, Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Timb. Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Pendaftar UKM, Dekan FSK dan Pengarah UCTC.