PEMBINAAN LEBUHRAYA DAN KESANNYA KE ATAS ALAM SEKITAR

 

PEMBENTANG

 

SALINA YAHYA (A79194)

ROZIAH CHE MUSA (A79187)

 

 

 

ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ISI KANDUNGAN

 

Ř  Pengenalan mengenai lebuhraya

 

Ř  Faedah yang diperolehi hasil daripada pembinaan lebuhraya

 

Ř  Kesan atau impak pembinaan lebuhraya ke atas alam sekitar.

 

Ř  Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ??

 

Ř  Kesimpulan….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengenalan mengenai lebuhraya

 

Lebuhraya adalah salah satu sistem pengangkutan utama yang menghubungkan antara bandar dengan bandar dan antara bandar dengan luar bandar.

Sejarah awal mengenai lebuhraya adalah lebuhraya pertama dijumpai di Mesopotamia selepas penemuan mengenai roda kira-kira 3500 B.C. Pembinaan jalan yang mempunyai permukaan berbatu dijumpai dibina sebelum 1500 B.C. di pulau Crete di Laut Mediterranean. Di barat hemisfera bukti wujud mengenai sistem jalan yang dibina dengan meluasnya oleh orang-orang Mayan, Aztec dan Incan di tengah dan selatan Amerika. Pembinaan jalan ini jauh dari laut dan sungai, ini untuk memudahkan pergerakan tentera ketika peperangan dan untuk pertahanan. Selain itu juga untuk membawa makanan dan untuk perdagangan antara bandar. Empayar Roman juga mempunyai sistem jalan yang meluas, jalan awal dibina dengan pembinaan yang lebih terperinci. Parit pertama dibina digali pada kedalaman yang begitu jauh dari permukaan iaitu dekat dengan paras tanah. Apabila kejatuhan empayar Roman, seni pembinaan jalan hilang. Sehinggalah pada kurun ke-19, Tresaquet (1716-1796) di Perancis  membaiki cara pembinaan pada masa dahulu. Selepas itu diikuti oleh pembinaan lebuhraya di England. Pada tahun 1920-1935, pembinaan lebuhraya tertumpu terutama kelengkapan hubungan jalan kawasan pedalaman berbanding sistem jalan ditanggung oleh kerajaan. Sejak tahun 1935 aktiviti lebuhraya kawasan luar bandar lebih tertumpu terutama usaha melengkapkan kemudahan kepada peringkat lebih tinggi dan dengan kapasiti lebih baik dan kemampuan membawa muatan lebih berat.

Pembinaan lebuhraya pada masa kini adalah merujuk kepada pembinaan pada masa lampau dengan peningkatan tahap dan kualiti binaan disamping mempunyai banyak kemudahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Faedah yang diperolehi hasil daripada pembinaan lebuhraya.

 

Pembinaan lebuhraya penting sebagai jalan perhubungan antara kawasan bandar dengan bandar dan antara kawasan luar bandar dengan bandar. Ia penting sebagai jalan perhubungan utama iaitu membawa hasil pertanian dari kawasan luar bandar untuk dibawa ke bandar. Semua hasil ladang boleh diangkut dengan menggunakan lori kecil untuk dibawa ke kawasan bandar dengan lebih cepat terutama barang-barang yang mudah rosak yang memerlukan penghantaran dengan kadar segera untuk dibawa ke pasaran. Selain menjimatkan masa ia juga menjimatkan kos dan tenaga iaitu hanya menggunakan lori kecil sahaja dengan tenaga kerja yang minimun.

Ini membolehkan aktiviti perdagangan boleh berjalan dengan pesat antara bandar dengan bandar dan antara bandar dengan luar bandar. Apabila perdagangan berjalan dengan pesat taraf kawasan luar bandar juga meningkat dimana banyak perusahaan kecil-kecilan di luar bandar bertambah. Banyak kemudahan seperti hospital, klinik desa, balai polis dan pasaraya dapat dibina di kawasan luar bandar apabila sistem pengangkutan meningkat. Selain itu, ia akan mengurangkan penghijrahan warga belia ke bandar kerana taraf kawasan luar bandar dipertingkatkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesan atau impak pembinaan lebuhraya ke atas alam sekitar.

 

Hasil daripada pembinaan lebuhraya meninggalkan banyak kesan terutama paling ketara adalah kepada alam sekitar. Ini dapat dilihat daripada beberapa faktor iaitu semasa pembinaan dijalankan. Antaranya penebangan hutan, pembinaan teren di cerun-cerun bukit, pemotongan dan penggondolan bukit serta penambahan bilangan kenderaan.

Semasa pembinaan lebuhraya, ia melibatkan kawasan hutan yang luas. Ini menyebabkan hutan ditebang dengan kadar yang meluas. Akibat penebangan hutan dengan kadar yang luas, menyebabkan banyak kemusnahan hidupan terutama flora dan fauna. Akibatnya banyak spesies mengalami kepupusan.

Selain itu, teren dibina di cerun-cerun bukit. Ini menyebabkan kegagalan cerun berlaku akibat pembinaan teren ini dan juga boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Penggondolan bukit juga dilakukan untuk tujuan pembinaan lebuhraya. Apabila bukit digondolkan hakisan tanah berlaku, apabila hujan turun boleh menyebabkan berlaku kejadian seperti tamah runtuh. Selain daripada itu, kekurangan tumbuhan penutup bumi menyebabkan kadar air larian meningkat. Air larian ini membawa bersama sedimen yang boleh menyebabkan longkang boleh tersumbat dan cetek dan menyebabkan banjir lumpur boleh berlaku. Penggondolan bukit juga memburukkan pemandangan sesuatu kawasan terutama kawasan berbukit.

Pemotongan bukit untuk membuat terowong atau lebuhraya juga dilakukan. Sekiranya pemotongan bukit melibatkan sistem akuifer menyebabkan sistem itu boleh terganggu dimana apabila bukit dipotong menyebabkan penurunan paras air bawah tanah. Air dari sistem ini akan mengalir keluar melalui rekahan batuan dan boleh juga menyebabkan tanah runtuh boleh berlaku akibat daripada luluhawa batuan.

Pembinaan lebuhraya menyebabkan pertambahan penggunaan kereta di jalan raya. Akibat pertambahan ini, menyebabkan pencemaran berlaku dimana banyak asap kenderaan dikeluarkan. Asap kenderaan ini hasil daripada pembakaran bahan api fosil mengeluarkan gas merbahaya kepada alam sekitar seperti gas nitrogen oksida, karbon dioksida dan karbon monoksida. Karbon monoksida amat merbahaya kepada manusia dan boleh menyebabkan barah otak, radang paru-paru, batuk, mata berair dan sebagainya. Kandungan gas karbon dioksida yang meningkat juga boleh menyebabkan perubahan iklim yang menyebabkan pemanasan global dan jerebu. Nitrogen dioksida boleh mempengaruhi keasidan tanah kesan daripada biodiversiti. Pertambahan unsur nitrogen menyebabkan tumbuhan berubah menjadi suka nitrogen.

Selain daripada itu, kadar kemalangan di lebuhraya juga meningkat dimana menyebabkan kehilangan nyawa yang tinggi. Ia juga melibatkan kos rawatan yang tinggi dan baik pulih lebuhraya juga diperlukan.

Tumpahan bahan akibat kemalangan di lebuhraya seperti gas beracun, bahan kimia merbahaya dan minyak menyebabkan sistem saliran di kawasan lebuhraya tergaggu dimana aliran bahan-bahan ini memasuki sistem saliran dan menyebabkan pencemaran air bawah tanah dan kualiti tanah.

 

 

 

 

 

 

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ??

 

                Walaupun pembinaan lebuhraya mendatangkan kesan kepada alam sekitar namun begitu ia perlu dijalankan untuk kemudahan perhubungan. Oleh itu, cara mengatasi masalah ini perlu difikirkan supaya pembinaan lebuhraya tidak meninggalkan kesan keatas alam sekitar.

Hutan yang ditebang semasa pembinaan perlulah ditanam semula. Ini adalah untuk mengelakkan kepupusan spesies flora dan fauna.

Permukaan tanah yang digondolkan perlulah ditanam dengan rumput untuk mengelakkan peningkatan air larian dan kejadian bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh.

Benteng dibina pada cerun-cerun bukit untuk mengelakkan kajadian tanah runtuh. Benteng ini dibina dengan batu, simen, konkrit atau daripada tumbuhan penutup bumi.

 Selain itu satu pertubuhan memantau aktiviti pembinaan lebuhraya perlulah ditubuhkan supaya syarikat pembinaan tersebut menepati ciri keselamatan dan pemulihan dilakukan selepas pembinaan tamat.

Penyelidikan awal perlulah dijalankan di tapak pembinaan samada pembinaan melibatkan sistem akuifer atau tidak, jenis litologi untuk mengetahui kadar luluhawa dan pembinaan sistem saliran yang lebih baik agar tidak berlaku bencana alam.

Akibat penambahan kenderaan di jalan raya, satu kempen mengenai kesedaran alam sekitar perlu dijalankan iaitu menggalakkan penggunaan bahan api tanpa plumbum dan memperkenalkan penggunaan kereta solar.

Syarikat pembinaan juga perlu menyediakan kadar bayaran bagi pengguna lebuhraya melalui bayaran tol. Wang ini diperlukan untuk memulihara alam sekitar selepas tamat pembinaan dan menyediakan kemudahan kepada para pengguna seperti kawasan rehat, peronda lebuhraya dan telefon kecemasan.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dalam isu penjagaan alam sekitar iaitu mengambil tindakan serius kepada syarikat pembinaan yang tidak menepati ciri keselamatan dan tidak membuat pemulihan selepas pembinaan tamat. Akta Lebuhraya dan Alam Sekitar perlu diperkenalkan. Selain daripada itu, tindakan diambil kepada pemilik kenderaan yang mengeluarkan asap kenderaan yang melebihi piawai yang ditetapkan dan pemandu yang memandu melebihi kadar had laju dan muatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesimpulan….

 

Pembinaan lebuhraya dapat dijalankan dengan sempurna jika mengikuti syarat pembinaan dan menjaga alam sekitar. Ini adalah supaya pembinaan yang dijalankan tidak menganggu keseimbangan alam sekitar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ??

 

 

                                                                                                                               

menanam semula hutan                                                                                     Akta Lebuhraya dan

yang ditebang                                                                                                       Alam Sekitar

                                                                                                               

 

 

                                                            

menggalakkan penggunaan

petroleum tanpa plumbum                                     LEBUHRAYA                   menggenakan tol

                                                                                                                                                kepada pengguna

           

 

 

 


                                                                                          

peranan kerajaan dalam                                                                                    penyelidikan awal

isu alam sekitar                                                                                                  dijalankan di tapak

pembinaan

 

 

 

 

 

Kesan atau impak pembinaan lebuhraya ke atas alam sekitar.

 

 

 

                                                                  

kepupesan flora                                    penggondolan bukit                               kesihatan terganggu

dan fauna

 

 

 

 

 


                                                                                      

 

pengeluaran asap                                        lebuhraya                               peningkatan kemalangan

oleh kenderaan                                                                                                     jalan raya

 

 

 

 

 

 

 

 


                                         

            

memburukkan pemandangan               pemanasan global

 

 

 

 

 

Rajah 1.—tanah runtuh pada cerun di lebuhraya McClure Pass, south of Aspen, Colorado.

 

 

Rajah 2.—Tanah runtuh akibat daripada penggondolan bukit untuk pembinaan jalan di Zion National Park, Utah

 

 

 

Rajah 3.—Aliran Lumpur akibat pembinaan jalan berhampiran Glenwood Springs, Co.