perkem ke V, 2010

Garis Panduan Abstrak

Abstrak antara 250-350 patah perkataan dengan menggunakan tulisan “Times New Roman” bersaiz 10.

 

Garis Panduan Kertas Kerja Penuh

Contoh kertas kerja: sila klik di sini

Panduan am; Kertas kerja perlu sekurang-kurangnya mengandungi bahagian dan mengikut turutan di bawah;

  1. Tajuk
  2. Nama pengarang
  3. Abstrak
  4. Pengenalan
  5. Metodologi
  6. Dapatan kajian
  7. Rumusan dan perbincangan/ Penutup
  8. Nota hujung (jika ada)
  9. Rujukan
  10. Rajah (jika ada)
  11. Jadual (jika ada)

Panduan spesifik

Panjang: Kertas kerja seboleh-bolehnya tidak melebihi 10 muka surat termasuk rujukan, rajah, jadual dan lampiran. Kelonggaran diberi sehingga 15 muka surat maksimum.

Margin: Manuskrip perlu mengikut margin: 1.5 inci (kiri) and 1 inci (atas, kanan dan bawah).

Tajuk: Tajuk tidak melebihi 10 perkataan dan dimula dengan huruf besar bagi setiap perkataan, saiz 14, ke kiri dan sekurang-kurangnya margin 1 inci dari atas mukasurat dan langkau satu jika memerlukan lebih dari 1 baris. 

Pengarang: Biarkan satu langkau selepas tajuk sebelum nama pengarang.

Abstrak: Biarkan dua langkau selepas nama pengarang untuk abstrak. Abstrak antara 250-350 patah perkataan dengan menggunakan tulisan “Times New Roman” bersaiz 10.  Abstrak patut menerangkan objektif kajian, metodologi, keputusan utama kajian.

Kata kunci: Biarkan satu langkau selepas abstrak untuk kata kunci yang menerangkan bidang kajian sehingga maksimum tiga bidang kajian.

Teks: Tulisan mesti jelas dan padat.  Jadual, rajah dan rujukan yang dibuat mesti mengikut aturan.  Tulisan bersaiz 10 dengan gaya “Times New Roman” dan  ditulis dengan langkau satu.  Teks perlu ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu atau sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Tajuk/ Sub-Tajuk: Tajuk/ sub-tajuk mesti ditulis dengan huruf besar dan dilaras ke kiri.  Biarkan satu langkau sebelum dan selepas tajuk/ sub-tajuk untuk memulakan perenggan.

Rujukan: Rujukan yang lengkap disenaraikan selepas penutup dan disusun mengikut turutan huruf nama pengarang.  Hanya rujukan yang dirujuk di dalam teks sahaja perlu disenaraikan.

1. Artikel

Arize, A. C. 1994. A re-estimation of the demand for money in small developing
economy. Applied Economics 26: 217-28.

2. Prosiding persidangan

Marashdeh, O. 1995. The effect of the exchange rate on the demand for financial
assets in Malaysia. First Annual Asian Academic of Management Conference
Proceedings. 7-8 December, Penang, Malaysia, 156-66.

3. Buku

Bank Negara Malaysia. 1999. The Central Bank and the Financial System in
Malaysia: a Decade of Change. Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Rajah/ Jadual: Semua rajah diikuti jadual perlu berada selepas rujukan. Tajuk jadual terletak di atas jadual dan tajuk rajah terletak di bawah jadual.  Perkataan jadual atau rajah adalah huruf besar dan menggunakan pernomboran Arab (JADUAL 1 ATAU JADUAL 2) diikuti tajuk jadual atau rajah dalam huruf kecil.  Jadual dan gambarajah patut jelas dan notakaki boleh ditambah menggunakan simbol.

 
Kemaskini terakhir pada: 20-04-2010 | Copyright © 2010 | Design by Flash Templates